Satu kunjungan hormat dan lawatan kerja ke atas Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Tawau oleh Pengarah dan Pegawai-pegawai Pengurusan yang terdiri daripada Timbalan Pengarah (Pemantaun), Timbalan Pengarah (Operasi), Ketua Seksyen Pengurusan dan Ketua Unit Gaji Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau telah diadakan pada 3 Disember 2021 (Jumaat), pukul 9.30 pagi di pejabat LHDN Cawangan Tawau bagi membincangkan tentang isu-isu yang berkaitan percukaian penjawat awam serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan.