Sukan JANM Zon Sabah & W.P Labuan 2025 – Tawau Bukan Biasa-Biasa!
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau dengan penuh semangat kesukanan telah menyertai Sukan JANM Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berlangsung dengan meriah pada 2 hingga 3 Mei 2025 di Sandakan.
Atlet Tawau diwakili seramai 26 peserta, terdiri daripada 23 kakitangan JANM Cawangan Tawau dan 3 pemain import hebat dari PTJ Pegawai Perakaunan. Kesungguhan dan semangat berpasukan yang ditonjolkan telah membuahkan pencapaian membanggakan:
Keputusan Pencapaian Sukan :
- Bola Tampar Wanita – Naib Johan (2)
- Bola Tampar Lelaki – Tempat ke-5
- Badminton – Tempat ke-3
- Bowling – Tempat ke-3
- Ping Pong – Tempat ke-3
- E-Sukan (eSport) – Tempat ke-3
- Karom – Tempat ke-4
- Dart – Tempat ke-4
Acara Khas & Kreatif :
- Pertandingan Malam Retro – Juara (1)
- Pasukan Sorak “Terhavoc Tawau” – Juara (1)
Kedudukan Keseluruhan:
1. Johan – JANM Sabah
2. Naib Johan – JANM Sandakan
3. Tempat Ketiga – JANM Tawau
4. Tempat Keempat – JANM Labuan
5. Tempat Kelima – JANM Keningau
Tahniah diucapkan kepada semua atlet dan penyokong atas semangat luar biasa yang ditunjukkan! JANM Tawau membuktikan bahawa semangat berpasukan dan dedikasi mampu menyerlah dalam apa jua cabaran. Sampai jumpa di temasya akan datang — kita gegarkan lagi!