Biro Sukan dan Rekreasi KESAN JANM Tawau telah menganjurkan program Pendakian Bukit Panchang yang julung kali diadakan pada 20 Januari 2024.
Tujuan aktiviti ini di adakan adalah membentuk semangat pengembaraan dan keberanian ahli KESAN dalam menghadapi cabaran memperkenalkan bukit panchang sebagai salah satu tempat riadah yang baik kepada ahli KESAN JANM Tawau.
Seramai 11 Ahli KESAN JANM Tawau serta ahli keluarga telah menyahut cabaran mendaki Bukit Panchang sejauh 1.08KM dengan ketinggian 398m. Biro Sukan dan Rekreasi KESAN JANM Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian bagi menjayakan program ini.
Semoga aktiviti riadah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.