Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan e-Census kepada JANM Cawangan Tawau telah dilaksanakan pada 18 Disember 2020 di Bilik Mesyuarat JANM Cawangan Tawau. Penyerahan sijil ini telah disampaikan oleh Ketua Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Tawau kepada Pengarah JANM Cawangan Tawau. Sijil ini diberikan kepada JANM Cawangan Tawau kerana telah berjaya melengkapkan 100% pembancian e-Census secara atas talian di kalangan kakitangan pejabat ini.

Wakil daripada Jabatan Perangkaan Tawau terdiri daripada:

1. Encik Minson bin Majimbun (Ketua Pejabat Operasi E44)

2. Puan Amilawati binti Ambo (Penolong Pegawai Perangkaan E29)

3. Encik Radiwan bin Abdullah (Pembantu Perangkaan E22)

4. Encik Syahmi (Pembantu Perangkaan E19 – PSH)


Wakil JANM Cawangan Tawau pula terdiri daripada:

1. En. Nizam bin Limun (Pengarah JANM Caw. Tawau)

2. Pn. Salmiah Binti Rusdi (Timbalan Pengarah Operasi)

3. Pn. Rosnahwati Camillus Abdullah (Timbalan Pengarah Pemantauan)

4. Pn. Hasnita Binti Saung (Ketua Unit Pengurusan Dana)