Pengurusan Bangunan Wisma Persekutuan telah menjalankan Majlis Hari Raya Wisma Persekutuan Tawau pada 14 Jun 2019 bertempat di Perkarangan Wisma Persekutuan. Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Ma'mun bin Sulaiman.
JANM Tawau bersama Jabatan Belia dan Sukan, Jemaah Nazir dan KEMAS Tawau mewakili aras 4 telah menyertai Sambutan Majlis Hari Raya Peringkat Wisma Persekutuan Tawau dan telah membuka gerai bertemakan Gerai Tradisional dan telah memenangi tempat ke-3 daripada 7 gerai yang bertanding.