JANM Cawangan Tawau telah mengadakan sesi Perkongsian Ilmu (Sharing Knowledge) bertajuk “Kenali Karakter, Kendalikan Stres” pada 20 November 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Cawangan Tawau. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Anis Nabila binti Jamal dan Puan Cindy Prisilla binti Usman yang merupakan ahli Jawatankuasa Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management).
Sesi perkongsian ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga JANM Cawangan Tawau mengenai kepelbagaian karakter individu melalui konsep personaliti DISC (Dominance, Influence, Steadiness & Conscientiousness) serta hubung kaitnya dengan pengurusan stres di tempat kerja.
Melalui sesi ini, para pegawai berpeluang mengenali karakter diri, memahami perbezaan personaliti rakan sekerja serta mempelajari pendekatan yang bersesuaian dalam mengurus stres berdasarkan karakter masing-masing.
Sesi perkongsian ini turut dimeriahkan dengan aktiviti interaktif melalui kuiz Kahoot! dan cabutan bertuah yang menceriakan suasana, menguji kefahaman peserta serta mengeratkan hubungan sesama warga kerja.
Selain itu, program ini turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah melaksanakan sesi Perkongsian Ilmu (Sharing Knowledge) sepanjang tahun 2026 sebagai tanda apresiasi atas komitmen, usaha dan kesudian berkongsi ilmu serta pengalaman bersama warga JANM Cawangan Tawau.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang telah menjayakan sesi perkongsian ilmu sepanjang tahun ini. Semoga budaya perkongsian ilmu terus diperkasakan dalam usaha meningkatkan kompetensi, profesionalisme dan semangat kerjasama dalam kalangan warga JANM Cawangan Tawau.
#Ilmu Dikongsi, Profesionalisme Diperkasa
#ExcellentAccounting@YourService



