Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Tawau, 12 November 2026, Program Derma Darah anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi, Hospital Tawau telah berjaya dilaksanakan bertempat di Ruang Lobi, Wisma Persekutuan Tawau bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 45 orang individu yang mendaftar untuk menderma darah, manakala 33 orang daripadanya telah berjaya memenuhi syarat kelayakan dan melengkapkan proses pendermaan darah.

Selain itu, Co-opbank Pertama Cawangan Tawau turut mengambil bahagian dengan mengadakan pameran dan promosi produk serta perkhidmatan perbankan, termasuk pembukaan Akaun Simpanan MyStar dan Akaun Simpanan-i Salam kepada para pengunjung. Penglibatan dan sokongan yang diberikan oleh pihak SazaRice dalam penganjuran program ini juga amat dihargai dalam usaha bersama-sama menjayakan inisiatif kemasyarakatan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah, Unit Perubatan Transfusi Hospital Tawau, Co-opbank Pertama Cawangan Tawau, SazaRice serta warga JANM Cawangan Tawau yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif menyemai nilai keprihatinan, semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

#ProgramDermaDarah2026
#DermaDarahSelamatkanNyawa

#MalaysiaMADANI

#ExcellentAccounting@YourService

 

WhatsApp Image 2026-11-12 at 08.17.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 08.31.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 08.31.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 10.24.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 10.24.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 10.37.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 10.37.33
WhatsApp Image 2026-11-12 at 10.37.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 11.00.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 11.00.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 11.00.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 11.00.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 11.00.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 11.06.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 11.47.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 11.59.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 11.59.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 12.39.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 13.09.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 13.09.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 13.25.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 13.25.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 13.28.
WhatsApp Image 2026-11-12 at 13.28.14