Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

TAWAU, 25 Oktober 2026 – Perlawanan Persahabatan Pickleball antara Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (PSA) dengan warga AGD Tawau telah berlangsung di Coze Pickler @ Cafe, Tawau, pada hari Ahad, bermula pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Program ini menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan peserta, di samping menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat.

Program turut disertai oleh Encik Rahmad Julkifli bin Mohd Ali, Pengarah JANM Negeri Sabah; Encik Nizam bin Limun, Pengarah JANM Cawangan Tawau; serta pengarah-pengarah JANM Cawangan Sandakan, Keningau dan Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir ialah ahli mesyuarat zon serta warga AGD Tawau.

Perlawanan melibatkan kategori beregu campuran, beregu lelaki dan beregu perempuan. Berdasarkan keputusan keseluruhan, pasukan warga AGD Tawau mencatat kemenangan dengan keputusan 6–2 ke atas pasukan PSA.

Penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pemain serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan baik yang terjalin terus diperkukuh menerusi aktiviti sukan dan riadah bersama.

WhatsApp Image 2026-10-25 at 4.43.58 PM
WhatsApp Image 2026-10-25 at 4.44.00 PM
WhatsApp Image 2026-10-25 at 4.44.01 PM
WhatsApp Image 2026-10-25 at 4.44.01 PM
WhatsApp Image 2026-10-25 at 4.52.15 PM
WhatsApp Image 2026-10-25 at 5.48.25 PM
WhatsApp Image 2026-10-25 at 5.48.25 PM
WhatsApp Image 2026-10-25 at 5.48.26 PM