Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

TAWAU, 26 Oktober 2026 (Isnin) – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Penyelarasan Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Bil. 2 yang dipengerusikan oleh Encik Rahmad Julkifli bin Mohd Ali, Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sabah.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Encik Nizam bin Limun, Pengarah JANM Cawangan Tawau, bersama-sama Pengarah JANM Cawangan Sandakan, Pengarah JANM Cawangan Keningau, Pengarah JANM Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan serta ahli mesyuarat zon.

Penganjuran mesyuarat ini menjadi platform untuk memperkukuh penyelarasan antara JANM Negeri Sabah dengan cawangan-cawangan di Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pertemuan ini turut membuka ruang perkongsian pandangan bagi menyokong kelancaran pelaksanaan tugas serta peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan.

JANM Cawangan Tawau merakamkan penghargaan kepada pengerusi dan seluruh ahli mesyuarat atas kehadiran serta komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama erat ini terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan JANM di Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

WhatsApp Image 2026-10-26 at 12.12.21 PM
WhatsApp Image 2026-10-26 at 8.54.28 AM
WhatsApp Image 2026-10-26 at 8.54.30 AM
WhatsApp Image 2026-10-26 at 9.18.10 AM
WhatsApp Image 2026-10-26 at 9.18.12 AM