TAWAU, 9 Oktober 2026 – KD Sri Semporna telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau pada jam 10.00 pagi (Jumaat).
Delegasi kunjungan hormat ini diketuai oleh Kepten Mohd Maznan bin Mohd Said TLDM - Pegawai Memerintah, Lt Kdr TS Ahmad Awadi bin Mat Saat TLDM – Ketua Pegawai Staf Kejuruteraan, Lt Kdr Razali bin Hamat TLDM – Ketua Pegawai Staf Materiel, Lt TNL Muhammad Zikurallah bin Abdul Rahim – Staf Perolehan dan Puan Syurinah binti Nandu – Staf Kewangan.
Manakala pihak JANM Cawangan Tawau diwakili oleh Encik Nizam bin Limun, Pengarah JANM Cawangan Tawau, Cik Siti Nabilah binti Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Operasi dan Puan Najmiah binti Kadir, Ketua Seksyen Pemantauan serta Ketua-ketua Unit di JANM Cawangan Tawau.
Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak serta membincangkan perkara berkaitan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan, khususnya penggunaan peruntukan serta penetapan kod akaun yang bersesuaian bagi pelaksanaan perolehan di KD Sri Semporna.
#ExcellentAccounting@YourService
#JANMTawau



