TAWAU, 10 Oktober 2026 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau melalui Zon Sigma telah menganjurkan Program Pendakian Hero Hill bersama warga JANM Cawangan Tawau sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026. Program ini telah berlangsung di Hero Hill, Tawau pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi, Sabtu.
Program ini melibatkan seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada warga JANM Cawangan Tawau. Aktiviti pendakian ini merupakan salah satu inisiatif dalam menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti fizikal serta memupuk amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kehidupan seharian selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kesepaduan dalam kalangan warga JANM Cawangan Tawau melalui aktiviti sukan dan rekreasi di luar pejabat.
Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga kerja tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Inisiatif seumpama ini juga diharap dapat diteruskan bagi menyokong usaha membudayakan gaya hidup sihat serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif dan produktif dalam kalangan warga JANM Cawangan Tawau.
#HariSukanNegara2026
#HeroHillTawau
#WargaJANMTawau
#GayaHidupSihat



