Tawau, 28 September 2026 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah berjaya menganjurkan Kursus Dalaman: Pengurusan Fail dan Rekod yang berlangsung secara Atas Talian dan telah dihadiri seramai 28 orang kakitangan JANM Cawangan Tawau.
Kursus ini, para peserta didedahkan kepada tatacara pengurusan fail dan rekod yang lebih sistematik berdasarkan asas-asas Pembangunan Klasifikasi Fail dan Pelaksanaan DDMS 2.0 serta Pelupusan Rekod di pejabat awam.
Penceramah bagi kursus ini merupakan Penolong Pegawai Arkib dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah, Puan Corriena Oyang Imang @ Corriena Imang.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pegawai dalam mengurus rekod yang baik bermula dengan sistem fail yang sistematik di pejabat JANM Cawangan Tawau.



