SANDAKAN, 10 September 2026 – Jawatankuasa Induk EKSA, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke JANM Cawangan Sandakan.
Lawatan ini disertai oleh Puan Salmah binti Longi, Puan Jalmariah binti Ejal, Encik Mohd. Nasir bin Merin, Puan Norazlina binti Abd. Rahim dan Encik Mhd. Khairi bin Amat Jafar.
Lawatan bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik, meninjau inovasi persekitaran kerja serta mendapatkan pendedahan berkaitan pelaksanaan EKSA Cemerlang yang dipraktikkan oleh JANM Cawangan Sandakan untuk dipraktikkan serta disesuaikan dalam pelaksanaan EKSA di JANM Cawangan Tawau, selaras dengan usaha memperkukuh budaya kerja yang kondusif, sistematik dan berkualiti. Menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif, bersih ,teratur dan selamat bagi meningkatkan kualiti kerja serta produktiviti perkhidmatan.
#ExcellentAccounting@YourService
#JANMTawau



