Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

TAWAU, 05.09.2026 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menganjurkan Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian bersama Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau bertempat di Klinik Pergigian Tawau pada Jam 08.00 hingga 12.00 tengah hari, Sabtu.

Program ini melibatkan seramai 26 orang pegawai JANM Cawangan Tawau dan merupakan salah satu usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran serta pengetahuan warga kerja berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.

aktiviti yang disediakan, antaranya taklimat kesihatan pergigian, demonstrasi teknik memberus gigi yang betul oleh Ikon Gigi, serta rawatan dan pemeriksaan pergigian.

Program ini turut memberi peluang kepada para pegawai mendapatkan rawatan pergigian secara terus daripada petugas kesihatan pergigian, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Kerjasama strategik bersama Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperluaskan lagi inisiatif promosi kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan warga kerja JANM Cawangan Tawau.

#JANMCawanganTawau
#JKKP
#KesihatanPergigian
#KolaborasiKesihatan
#WargaKerjaSihat
#KlinikPergigianTawau

WhatsApp Image 2026-09-05 at 11.36.
WhatsApp Image 2026-09-05 at 11.36.
WhatsApp Image 2026-09-05 at 11.37.
WhatsApp Image 2026-09-05 at 11.37.
WhatsApp Image 2026-09-05 at 11.37.20
WhatsApp Image 2026-09-10 at 09.44.
WhatsApp Image 2026-09-10 at 09.44.50
WhatsApp Image 2026-09-10 at 09.44.50
WhatsApp Image 2026-09-10 at 09.44.50
WhatsApp Image 2026-09-10 at 09.44.50
WhatsApp Image 2026-09-10 at 09.44.50
WhatsApp Image 2026-09-10 at 09.45.