Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

TAWAU, 28 Ogos 2026 -    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tawau telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau.

Kunjungan ini telah diketuai oleh Ketua Cawangan JPJ Tawau Tuan Mohammad Ramlan bin Ambo @ Ambodaeng bersama-sama pengurusan dan kewangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Tawau. Manakala pihak 𝐉𝐀𝐍𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 diwakili oleh Pengarah, 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐍𝐢𝐳𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐋𝐢𝐦𝐮𝐧 serta barisan pengurusan dan ketua unit JANM Cawangan Tawau.

𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐤𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 adalah sebagai sesi suai kenal bagi Ketua Cawangan JPJ Tawau yang baharu di samping memperkukuh jalinan kerjasama, perkongsian ilmu serta kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak.

Dalam sesi ini, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐀𝐍𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐮 turut membentangkan 𝐭𝐚𝐭𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧𝐚𝐧 sebagai panduan dan perkongsian pengetahuan bersama.

Semoga hubungan dan kerjasama strategik yang terjalin ini akan terus diperkukuh dalam usaha bersama untuk mempertingkat tadbir urus kewangan yang lebih berintegriti, telus dan berakauntabiliti tinggi di peringkat PTJ.

#𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

#𝐄𝐱𝐜𝐞𝐥𝐥𝐞𝐧𝐭𝐀𝐜𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠@YourService