TAWAU, 16 Ogos 2026 – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 Peringkat Daerah Tawau anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah telah berlangsung di Wisma Persekutuan Tawau. Program ini melibatkan Konvoi KMJG 2026 telah disambut oleh YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Ketua-ketua Jabatan dan kakitangan Wisma Persekutuan Tawau.
Program ini merupakan antara inisiatif bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, di samping menyuburkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara serta menggalakkan penghayatan terhadap erti kemerdekaan dalam kalangan masyarakat.
Pengarah JANM Cawangan Tawau turut hadir bagi menyokong dan memeriahkan program yang diadakan, sekali gus mencerminkan komitmen JANM Cawangan Tawau dalam menyokong usaha menyemarakkan semangat kenegaraan dan perpaduan.
Semoga penghayatan semangat kemerdekaan terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia dan menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu, patriotik dan cintakan negara.
Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Merdeka!
#ExcellentAccounting@YourService



