TAWAU, 17 Ogos 2026 - Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau, En. Nizam bin Limun telah menghadiri 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐋𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚-𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐘𝐁 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐭𝐨𝐫 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐀𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐦𝐳𝐚𝐡 𝐀𝐳𝐢𝐳𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐈 pada 15 Ogos 2026, bersempena lawatan kerja YB Menteri Kewangan II ke Tawau dan Semporna pada 14 hingga 16 Ogos 2026.
Sesi libat urus ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kepimpinan Kementerian Kewangan bersama ketua-ketua agensi di bawah Kementerian Kewangan, di samping memberi ruang untuk berkongsi pandangan, membincangkan isu-isu semasa serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam, khususnya di peringkat negeri Sabah khususnya bagi daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
Semoga sesi ini terus memperkukuh sinergi, kerjasama dan komitmen bersama dalam memastikan pengurusan kewangan Kerajaan yang cekap, berintegriti dan berkesan demi kepentingan rakyat.
#ExcellentAccounting@YourService



