TAWAU, 6 Ogos 2026 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah mengadakan Sesi Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Pengurusan Risiko di Tempat Kerja bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Cawangan Tawau. Sesi ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan risiko di tempat kerja.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohamad Azmil bin Aziz, Pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Cawangan Tawau. Perkongsian yang disampaikan memberi pendedahan kepada warga JANM Cawangan Tawau mengenai kepentingan mengamalkan budaya kerja yang selamat, mengenal pasti risiko di tempat kerja serta mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kejadian yang tidak diingini.
Sesi ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga JANM Cawangan Tawau terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, seterusnya membudayakan amalan kerja yang selamat, sihat dan kondusif dalam melaksanakan tugas seharian.
JANM Cawangan Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohamad Azmil bin Aziz atas perkongsian ilmu dan penerangan yang diberikan, serta kepada seluruh warga JANM Cawangan Tawau atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang sesi taklimat berlangsung.
#ExcellentAccounting@YourService



