Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

TAWAU, 28 – 30 Julai 2026 - Institut Perakaunan Negara (IPN) melalui Program Perakaunan, Pusat Akademik dan Kompetensi telah menganjurkan Kursus MPSAS 27 – Pertanian (Training of Trainers) Zon Borneo yang berlangsung di JANM Tawau dan Pusat Penyelidikan Koko (PPK) Tawau. Kursus rintis ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam pengurusan serta perakaunan aset pertanian, di samping melahirkan tenaga pengajar dan pakar rujuk berkaitan MPSAS 27 – Pertanian di Zon Borneo.

Kursus ini melibatkan penyertaan wakil JANM dari Sarawak, Kapit, Sabah, Labuan, Sandakan, Tawau dan Keningau. JANM Cawangan Tawau turut diwakili oleh empat (4) orang pegawai iaitu Puan Siti Nabilah binti Mohd Nasir, Puan Anis Nabila binti Jamal, Puan Salmah binti Longi dan Puan Dina Mariana binti Arola.

Antara pengisian utama kursus adalah sesi teori berkaitan MPSAS 27 yang merangkumi kupasan dasar dan piawaian perakaunan oleh pakar rujuk, sesi turun padang ke PPK Tawau bagi memahami kitaran sebenar rantaian tanaman koko bermula daripada tapak semaian sehingga menjadi produk akhir serta perkongsian industri bersama Lembaga Kemajuan Koko Malaysia (LKM) berkaitan pengurusan dan penyediaan Penyata Kewangan aset pertanian berdasarkan polisi dan amalan sebenar.

Dalam kesempatan yang sama, Ketua Akauntan Kementerian Perladangan dan Komoditi, Tuan Shahrin bin Haji Shaari, bersama empat (4) orang pegawai iaitu Encik Zuhairi bin Thalip, Puan Nor'Kamisah binti Bunari, Puan Mazlina binti Hashim dan Encik Khusyairi Fadhli bin Sharuddin turut mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah JANM Cawangan Tawau, Encik Nizam bin Limun dan warga JANM Cawangan Tawau.

Kunjungan hormat ini merupakan satu inisiatif yang bermakna dalam memperkukuh hubungan kerjasama dan jaringan strategik antara Kementerian Perladangan dan Komoditi dengan Jabatan Akauntan Negara Malaysia, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dan perakaunan aset pertanian. Sesi ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan perakaunan aset pertanian bagi memastikan pelaksanaan yang lebih cekap, tepat dan berintegriti.

JANM Cawangan Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Perakaunan Negara (IPN), Lembaga Kemajuan Koko Malaysia (LKM), Pusat Penyelidikan Koko (PPK) Tawau serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus dan kunjungan hormat ini. Semoga perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh kompetensi pegawai serta meningkatkan kualiti pengurusan dan perakaunan aset kerajaan di Zon Borneo.

#MalaysiaMADANI

#ExcellentAccounting@YourService

Scanned 20260729-1823-
WhatsApp Image 2026-07-29 at 10.22.
WhatsApp Image 2026-07-29 at 10.24.
WhatsApp Image 2026-08-10 at 14.20.
WhatsApp Image 2026-08-10 at 14.20.
WhatsApp Image 2026-08-10 at 14.20.
WhatsApp Image 2026-08-11 at 10.08.41