Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

TAWAU, 01 Ogos 2026 -   Malam Kemuncak Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (Fkat) Kali Ke-11 Tahun 2026 secara rasminya melabuhkan tirai di Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau. Majlis Penutupan FKAT Kali Ke-11 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, sekali gus menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan warisan budaya sebagai aset penting pembangunan negeri.

Sepanjang penganjuran festival ini, sebagai simbol komitmen padu serta semangat kebersamaan yang dipamerkan oleh seluruh komuniti dan etnik di Sabah dalam menjayakan festival yang menghimpunkan 32 etnik di Sabah dan penyertaan delegasi kebudayaan antarabangsa dari lima buah negara, iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja, Indonesia dan Sri Lanka.

Malam Kemuncak Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) Kali Ke-11 Tahun 2026 ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau, Puan Siti Nabilah binti Mohd Nasir. JANM Cawangan Tawau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya melaksanakan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau kali ke-11 Tahun 2026 dengan jayanya dan penuh meriah bagi menghargai warisan budaya tradisi selain memperkukuh nilai perpaduan dalam kalangan rakyat.

#MalaysiaMADANI

#ExcellentAccounting@YourService

WhatsApp Image 2026-08-10 at 11.42.
WhatsApp Image 2026-08-10 at 11.42.17
WhatsApp Image 2026-08-10 at 11.42.17
WhatsApp Image 2026-08-10 at 11.42.17
WhatsApp Image 2026-08-10 at 11.42.
WhatsApp Image 2026-08-10 at 11.42.18