Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Tawau, 24 Julai 2026 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah berjaya menganjurkan Kursus Generik Zon Sabah (Tawau): iGFMAS – Modul MM (Material Management) dan AP (Accounts Payable) yang berlangsung pada 21 hingga 23 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat JANM Cawangan Tawau.

Kursus ini telah disertai oleh 20 orang penjawat awam daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang meliputi daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu, serta peserta dari luar seliaan Pejabat Pembayar JANM Tawau, iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan lebih mendalam mengenai fungsi-fungsi sistem iGFMAS yang berkaitan dengan Perakaunan Pembayaran, khususnya penggunaan Modul MM (Material Management) dan Modul AP (Accounts Payable). Pendedahan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman peserta dalam mengendalikan proses perakaunan pembayaran menggunakan sistem iGFMAS di jabatan masing-masing.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh kompetensi peserta dalam menguruskan urusan Perakaunan Pembayaran secara lebih cekap, sistematik dan berintegriti, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan sektor awam yang lebih berkualiti dan berkesan.

WhatsApp Image 2026-07-22 at 2.39.49 PM
WhatsApp Image 2026-07-22 at 4.27.33 PM
WhatsApp Image 2026-07-22 at 4.27.35 PM
WhatsApp Image 2026-07-23 at 1.12.50 PM
WhatsApp Image 2026-07-23 at 1.12.51 PM
WhatsApp Image 2026-07-23 at 12.01.18 PM
WhatsApp Image 2026-07-23 at 12.02.39 PM
WhatsApp Image 2026-07-23 at 12.03.16 PM
WhatsApp Image 2026-07-23 at 12.04.21 PM
WhatsApp Image 2026-07-23 at 12.05.01 PM
WhatsApp Image 2026-07-24 at 10.20.48 AM
WhatsApp Image 2026-07-24 at 10.21.25 AM
WhatsApp Image 2026-07-24 at 10.21.45 AM
WhatsApp Image 2026-07-24 at 10.24.45 AM