Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Tawau, 8 Julai 2026 – Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) telah mengadakan pelaksanaan Security Posture Assessment (SPA) bagi skop Network Assessment (NA) dan Network Forensic (NF) serta audit Polisi Keselamatan Siber (PKS) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau bermula  pada 8 Julai 2026 hingga 9 Julai 2026.

Pelaksanaan ini bertujuan untuk menilai tahap keselamatan infrastruktur rangkaian, mengenal pasti potensi kelemahan keselamatan siber, memperkukuh pematuhan terhadap Polisi Keselamatan Siber (PKS), serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi ancaman siber.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau telah memberi kerjasama yang baik bagi memastikan pelaksanaan penilaian ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan ke arah memperkukuh keselamatan maklumat serta melindungi aset ICT JANM.