Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Kelab Kebajikan dan Sukan JANM Cawangan Tawau (KESAN) telah menganjurkan Program Sukan Bersama Warga Perakaunan (SUBWAP) 2.0 yang melibatkan pegawai-pegawai perakaunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau serta Pusat Tanggungjawab (PTJ) di daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

Program sukan ini merupakan salah satu medium yang berkesan dalam membentuk peribadi positif serta meningkatkan kecergasan fizikal dan ketahanan mental warga kerja. Penganjurannya bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan warga perakaunan melalui penglibatan dalam aktiviti fizikal, di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan silaturahim serta mencungkil bakat sukan dalam kalangan peserta. Melalui penyertaan dalam pelbagai pertandingan, program ini turut berupaya membentuk sahsiah yang unggul serta menyemai nilai-nilai murni seperti disiplin, integriti, semangat berpasukan dan sikap saling menghormati.

Program Sukan Bersama Warga Perakaunan (SUBWAP) 2.0 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 hingga 4 Julai 2026 bertempat di Kompleks Sukan Tawau. Sebanyak lima acara sukan telah dipertandingkan iaitu badminton, pickleball, bola tampar, congkak dan dart. Penyertaan melibatkan empat kumpulan, iaitu tiga kumpulan daripada warga JANM Cawangan Tawau yang dikenali sebagai Alpha Tigers, Silver Wolf dan Gagak Hitam, manakala penyertaan julung kali daripada Co-opbank Pertama Cawangan Tawau bertanding di bawah nama Black Panther.

Persaingan yang berlangsung sepanjang dua hari program telah mempamerkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi daripada semua peserta. Kumpulan Gagak Hitam berjaya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SUBWAP 2.0 sekali gus membawa pulang Piala Pusingan.

Kelab KESAN JANM Cawangan Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai perakaunan yang telah mengambil bahagian dan semua pihak yang terlibat secara langsung atas penyertaan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Program Sukan Bersama Warga Perakaunan (SUBWAP) 2.0. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk budaya hidup sihat dan memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga perakaunan.

WhatsApp Image 2026-07-04 at 20.29.29
WhatsApp Image 2026-07-04 at 20.35.29
WhatsApp Image 2026-07-04 at 20.44.21
WhatsApp Image 2026-07-04 at 20.51.03
WhatsApp Image 2026-07-04 at 20.57.16
WhatsApp Image 2026-07-04 at 21.04.52
WhatsApp Image 2026-07-04 at 21.45.
WhatsApp Image 2026-07-04 at 21.45.27
WhatsApp Image 2026-07-07 at 12.22.
WhatsApp Image 2026-07-07 at 12.27.12