Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Tawau, 26 Jun 2026 - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Negeri Sabah telah mengadakan Sesi Penyerahan Sijil Penyertaan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP) Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau pada jam 9.00 pagi.

Sesi ini telah dihadiri oleh Encik Syarifuddin bin Palawa, Pengarah CGSO Sabah, Encik Felix Cheong Sung Leong, Timbalan Pengarah CGSO Sabah, serta pegawai-pegawai dari Pejabat CGSO Sabah. Manakala pihak JANM Cawangan Tawau diwakili oleh Puan Anis Nabila binti Jamal, Timbalan Pengarah Pengurusan, Puan Najmiah binti Kadir, Ketua Seksyen Pemantauan dan pegawai-pegawai JANM Cawangan Tawau.

Sesi ini merupakan susulan kepada pelaksanaan Inspektorat IAKKP Tahun 2025 yang telah dijalankan pada 16 hingga 17 Julai 2025 di JANM Cawangan Tawau. Penyerahan sijil ini adalah sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam memastikan tahap pematuhan keselamatan perlindungan di jabatan berada pada tahap yang ditetapkan.

Dalam sesi ini, pihak JANM Cawangan Tawau telah mengambil maklum terhadap semua penemuan yang dibentangkan dan akan melaksanakan tindakan susulan yang sewajarnya bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

JANM Cawangan Tawau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak CGSO atas bimbingan serta khidmat nasihat yang diberikan sepanjang pelaksanaan inspektorat tersebut.

WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.16
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.16
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.17
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.34
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.35
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.35
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.28.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.16
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.16
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 09.52.17
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.34
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.35
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.03.35
WhatsApp Image 2026-06-26 at 10.28.