Tawau, 26 Jun 2026 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah berjaya menganjurkan Kursus Generik Zon Sabah (Tawau): Pengurusan Emolumen Sektor Awam yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Gunasama Wisma Persekutuan Tawau.
Kursus ini telah disertai seramai 29 orang penjawat awam daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) meliputi daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu, serta penyertaan dari luar seliaan Pejabat Pembayar JANM Tawau seperti Beluran.
Sepanjang kursus ini, para peserta didedahkan dengan lebih jelas mengenai konsep serta tatacara Pengurusan Gaji Kerajaan. Disamping itu juga, dapat mengaplikasikan tatacara Pengurusan Gaji Kerajaan dalam tugasan pengurusan gaji di jabatan masing-masing.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan serta kecekapan peserta dalam mengurus gaji dengan lebih sistematik dan berintegriti.



