Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Tawau, 18 Jun 2026 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah berjaya menganjurkan Kursus Dalaman: Latihan Peningkatan Kreativiti Pegawai JANM Tawau yang memberi fokus kepada penggunaan aplikasi Canva (AI) dalam menghasilkan bahan kerja yang lebih kreatif dan inovatif. Kursus yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JANM Cawangan Tawau ini telah dihadiri seramai 30 orang pegawai.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta kreativiti pegawai dalam mengaplikasikan penggunaan Canva (AI) bagi menyokong pelaksanaan tugasan harian. Sepanjang kursus berlangsung, para pegawai telah didedahkan dengan pelbagai fungsi Canva AI seperti Prompting + Apps Design, Designing Work, Canva AI Assignment serta penghasilan reka bentuk kreatif yang dapat diaplikasikan dalam penyampaian maklumat dan urusan kerja.

Penceramah bagi kursus ini merupakan Pensyarah DH9 Unit Teknologi Maklumat Kolej Komuniti Tawau, En Rozaizie Shafiq bin Roujip.

Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada pegawai bagi meningkatkan kreativti penggunaan aplikasi canva (AI) dalam perkhidmatan awam.

WhatsApp Image 2026-06-24 at 5.45.38 PM
WhatsApp Image 2026-06-24 at 5.45.39 PM
WhatsApp Image 2026-06-24 at 5.45.44 PM
WhatsApp Image 2026-06-24 at 5.45.44 PM
WhatsApp Image 2026-06-24 at 5.45.45 PM
WhatsApp Image 2026-06-24 at 5.45.46 PM
WhatsApp Image 2026-06-24 at 5.45.46 PM
WhatsApp Image 2026-06-24 at 5.45.47 PM
WhatsApp Image 2026-06-24 at 5.45.47 PM