Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

TAWAU, 16 Jun 2026 -   Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau, En. Nizam bin Limun, bersama wakil-wakil JANM Cawangan Tawau telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko (PPPK) Tawau.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Pengurus PPPK Tawau, Encik Boney Muda, bersama barisan pegawai PPPK Tawau. Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi, di samping memberi pendedahan awal kepada warga JANM Cawangan Tawau mengenai pelaksanaan MPSAS 27: Pertanian yang telah diguna pakai oleh Lembaga Koko Malaysia. Melalui lawatan ini, delegasi turut berpeluang memahami dengan lebih dekat pengurusan aset biologi, aktiviti pertanian serta amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Lembaga Koko Malaysia selaras dengan keperluan piawaian perakaunan sektor awam.

Sepanjang lawatan, delegasi telah mengikuti pengisian seperti berikut:-                        

  • Taklimat Ringkas bekenaan Pengenalan kepada Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko (PPPK) Tawau.
  • Lawatan ke Kebun PPPK Tawau
  • Lawatan ke Dewan Auditorium dan Bilik Kuliah
  • Lawatan ke Muzium Flora & Fauna Koko serta demonstrasi cantuman pokok koko
  • Demonstrasi pembuatan coklat dan lawatan ke Cocoa Gallery & CafĂ©

Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara JANM Cawangan Tawau dengan PPPK Tawau, sekali gus membuka peluang kepada jalinan kolaborasi yang lebih erat pada masa hadapan.

#MalaysiaMADANI

#ExcellentAccounting@YourService

WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.13.
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.13.45
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.13.
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.23.
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.23.20
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.23.
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.23.
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.23.
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.23.30
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.23.
WhatsApp Image 2026-06-16 at 15.23.