Tawau, 22 Mei 2026 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah berjaya menganjurkan Kursus Generik Zon Sabah (Tawau) : Pengenalan Kepada MPSAS – TRM Pembantu Akauntan pada 19 – 21 Mei 2026 bertempat di bilik mesyuarat JANM Cawangan Tawau.
Kursus ini telah disertai seramai 20 orang penjawat awam daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Pemungut (PP) meliputi daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu serta penyertaan penjawat awam dari luar Tawau seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sri Aman, Kapit dan Limbang.
Sepanjang kursus ini berlangsung para peserta didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kefahaman berkaitan perakaunan Kerajaan Persekutuan berdasarkan asas perakaunan akruan dan MPSAS. Disamping itu, para peserta juga dapat meningkatkan kemahiran dan mutu kerja dalam pengurusan kewangan Kerajaan Persekutuan dengan lebih sistematik dan berintegriti di jabatan masing-masing.



