TAWAU, 17 Mei 2026 - Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Majlis Perbandaran Tawau Tahun 2026 telah diadakan di Dewan Sri Tawau. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Lo Su Fui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Sambutan Pesta Kaamatan ini sebagai simbol perpaduan serta medium mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum di Sabah.
Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau, Puan Siti Nabilah binti Mohd Nasir. JANM Cawangan Tawau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya melaksanakan sambutan Pesta Kaamatan 2026 Peringkat Daerah Tawau dengan penuh meriah bagi menghargai warisan budaya tradisi selain memperkukuh nilai perpaduan dalam kalangan rakyat .
#ExcellentAccounting@YourService



