Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

TAWAU, 14 Mei 2026Exit Meeting Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan (Skop Belanja) PTJ KD Sri Semporna Tahun 2026 telah diadakan di KD Sri Semporna.

Exit Meeting ini telah dihadiri oleh Pegawai Memerintah KD Sri Semporna, Kept. Mohd Maznan bin Mohd Said, bersama pegawai-pegawai KD Sri Semporna. Manakala pihak JANM Cawangan Tawau diwakili oleh Pengarah, Encik Nizam bin Limun, serta Pasukan Naziran JANM Cawangan Tawau yang diketuai oleh Puan Najmiah binti Kadir, Ketua Seksyen Pemantauan.

Objektif Exit Meeting adalah untuk membentangkan hasil penemuan naziran berkaitan pematuhan perakaunan akruan bagi skop belanja PTJ yang telah disemak dalam tempoh 20 April 2026 hingga 24 April 2026

Dalam sesi ini, Pengarah JANM Cawangan Tawau turut mengukuhkan kerjasama antara JANM dan PTJ dalam meningkatkan tadbir urus kewangan yang cekap, teratur dan mematuhi peraturan semasa serta memberi ruang kepada PTJ untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta mengemukakan maklum balas berkaitan penemuan naziran.

Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuh dalam usaha bersama untuk mempertingkat tadbir urus kewangan yang lebih berintegriti, telus dan berakauntabiliti tinggi di peringkat PTJ.

 

#MalaysiaMADANI

#ExcellentAccounting@YourService

ed-7429-4be3-9e79-27bdbb372b
b8d9fe-aaed-47dc-8eb7-48c
f126a97-8334-4ddf-83c3-fa3571ee30cc
b94a8fdb-21b1-436f-86ed-5391a428a8ce
d7740384-4c91-483b-9582-b1997f4feb