TAWAU, 12 Mei 2026 – Markas 13 Briged Infantri Lahad Datu telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau yang turut disusuli dengan sesi Exit Meeting Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan (Skop Belanja).
Kunjungan ini telah diketuai oleh Panglima, Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Singh, bersama rombongan. Manakala pihak JANM Cawangan Tawau diwakili oleh Pengarah, Encik Nizam bin Limun serta pasukan Naziran JANM Cawangan Tawau.
Objektif kunjungan adalah sesi perkenalan dan perbincangan berkaitan pengurusan kewangan serta kerjasama program berkaitan bersama Panglima Markas 13 Briged Infantri, di samping membentangkan hasil penemuan naziran berhubung pematuhan perakaunan akruan (skop belanja) yang telah disemak bagi tempoh 06 April 2026 hingga 10 April 2026.
Dalam sesi ini, Pengarah JANM Cawangan Tawau turut mengukuhkan kerjasama antara JANM dan PTJ dalam meningkatkan tadbir urus kewangan yang cekap, teratur dan mematuhi peraturan semasa serta memberi ruang kepada PTJ untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta mengemukakan maklum balas berkaitan penemuan naziran.
Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuh dalam usaha bersama untuk mempertingkat tadbir urus kewangan yang lebih berintegriti, telus dan berakauntabiliti tinggi di peringkat PTJ.
#ExcellentAccounting@YourService
#JANMTawau



