TAWAU, 16 Mei 2026 - Zon Sigma EKSA Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui aktiviti gotong-royong membersihkan surau di Tingkat 8, Wisma Persekutuan Tawau.
Program ini dilaksanakan bagi memastikan persekitaran surau sentiasa bersih, kemas dan selesa untuk digunakan bersama. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja pembersihan ruang solat, kawasan wuduk serta penyusunan semula kemudahan surau.
Selain dapat menceriakan persekitaran, program ini turut mengeratkan semangat kerjasama dan nilai keprihatinan dalam kalangan warga Zon Sigma selaras dengan pembudayaan amalan EKSA di tempat kerja.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.
“Persekitaran Bersih, Ibadah Lebih Selesa”
“Bersama Membudayakan Persekitaran Kerja Yang Bersih, Kondusif dan Harmoni.”
#EKSAJANMTawau #ZonSigma #CSR #MalaysiaMADANI



