Tawau, 21 hingga 23 April 2026 - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah berjaya menganjurkan Kursus Generik Zon Sabah (Tawau): Pengurusan Terimaan Hasil Sektor Awam yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JANM Cawangan Tawau.
Kursus ini telah disertai seramai 26 orang penjawat awam daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Pemungut (PP) meliputi daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu, serta penyertaan dari luar seliaan Pejabat Pembayar JANM Tawau seperti Kota Kinabalu dan Kinabatangan.
Sepanjang kursus ini, para peserta didedahkan kepada tatacara pengurusan terimaan hasil berdasarkan SPANM 3/2025, ePembayaran, Akaun Belum Terima (ABT), pengurusan kehilangan wang awam serta penemuan audit naziran.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan serta kecekapan peserta dalam mengurus terimaan hasil dengan lebih sistematik dan berintegriti di jabatan masing-masing.



