Tawau, 10 April 2026 (Jumaat) - Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah mengadakan Majlis Perjumpaan Akauntan Negara Malaysia bersama Pegawai Perakaunan Lantikan JANM di Auditorium ILKKM (Kejururawatan) Tawau.
Sesi perjumpaan ini telah dihadiri seramai 70 orang pegawai perakaunan daripada Pejabat Perakaunan, Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta Pejabat Pemungut di daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.
Objektif utama perjumpaan ini adalah untuk menyampaikan amanat daripada YBhg. Dato’ ANM di samping memberi peluang kepada pegawai perakaunan untuk mengemukakan sebarang isu atau permasalahan bagi dibincangkan di peringkat Pengurusan Tertinggi.
Selain itu, YBhg. Dato’ ANM turut mengadakan lawatan dan menyantuni warga JANM Tawau yang berlangsung di Ruang Gunasama JANM Cawangan Tawau. Sesi Sembang Santai petang ini memberi peluang Warga AGD Tawau untuk beramah mesra Bersama YBhg. Dato’ ANM dan Pengurusan Tertinggi JANM.



