Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau (JANM) telah mengadakan Mesyuarat Perbincangan berkenaan isu-isu Operasi Pengurusan Bank Pejabat Perakaunan dan Terimaan Kerajaan secara e-Pembayaran Pusat Tanggungjawab (PTJ) bersama Maybank Berhad pada 10 April 2026 (Jumaat) pada pukul 10.00 pagi. Mesyuarat telah dihadiri oleh 11 Pusat Tanggungjawab dan wakil dari Ibu Pejabat Maybank Encik Asrul Azan, wakil dari Maybank Tawau Encik Jofri bin Baharuddin serta wakil dari Maybank Lahad Datu Encik Terrence. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Siti Nabilah binti Mohd Nasir, Timbalan Pengarah (Operasi) JANM Cawangan Tawau.



