Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Program CSR “Sentuhan Kasih Ramadan” yang telah diadakan pada 7 Mac 2026 (Sabtu) di Masjid Al-Aman, Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau merupakan program anjuran bersama Kelab KESAN JANM Cawangan Tawau, PSA Tawau dan AJK Masjid Al-Aman Tanjung Batu Tengah.

Penganjuran program ini bertujuan memberi peluang kepada warga JANM Tawau untuk berkongsi rezeki di bulan Ramadan, di samping memperkukuh hubungan silaturahim antara jabatan dan komuniti setempat serta menyantuni golongan asnaf.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong penyediaan Bubur Berobok Warga JANM Tawau bersama AJK Masjid Al-Aman. Sebanyak 500 bekas Bubur Berobok telah diagihkan kepada komuniti setempat pada sebelah petang. Seterusnya program diteruskan dengan pengagihan 50 bakul makanan kepada golongan asnaf, dan diakhiri dengan Majlis Iftar bersama golongan asnaf dan komuniti setempat di Masjid Al-Aman, Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan sukarelawan AJK KESAN dan AJK Masjid yang telah membantu dalam penyediaan serta pengagihan makanan dan barangan.

Semoga hubungan baik antara pihak jabatan dan komuniti Kampung Tanjung Batu Tengah ini tidak terhenti di sini, malah akan terus terjalin erat dan berkembang pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2026-03-07 at 1.56.07 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 1.56.30 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 10.37.34 AM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 10.37.34 AM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 10.37.35 AM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 10.37.46 AM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 11.03.11 AM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 6.05.19 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 8.02.49 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 8.37.02 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 8.37.09 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 8.37.11 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 8.37.25 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 8.37.32 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 8.37.33 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 8.37.36 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 8.37.36 PM
WhatsApp Image 2026-03-07 at 9.55.15 PM