Unit Akaun telah melaksanakan Taklimat dan Bengkel Hands-On Penyediaan Laporan Kertas Kerja Sokongan (KKS) Penutupan Akhir Tahun Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025 untuk Lejar Akruan dengan jayanya pada 11 Februari 2026 (Rabu) mulai pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang melibatkan sebanyak 47 PTJ yang terlibat deposit terimaan kerana terdapat pindaan pada lampiran senarai baki pendeposit. Taklimat ini adalah bertujuan memberi tunjuk ajar kepada PTJ cara menyediakan laporan KKS ini kerana masih terdapat PTJ membuat kesilapan semasa mengisi lampiran-lampiran dan sijil pengesahan baki.



