Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Bengkel Penyediaan Laporan Baki Aset Tahun 2026

Unit Perakaunan Aset, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Laporan Baki Aset Tahun 2026 pada 29 Januari 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat JANM Tawau. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 26 orang peserta yang mewakili 26 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dibawah seliaan JANM Tawau meliputi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

Bengkel yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang ini telah disampaikan oleh Puan Salmah binti Longi dari Unit Perakaunan Aset JANM Tawau dengan penekanan kepada tatacara penyediaan laporan baki aset yang tepat, sistematik serta mematuhi garis panduan perakaunan aset yang sedang berkuat kuasa. Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kecekapan pegawai, khususnya pegawai baharu, dalam pengurusan Perakaunan dan pelaporan aset di peringkat PTJ.

Semoga penganjuran bengkel ini akan terus diperkukuh dalam usaha bersama untuk mempertingkat tadbir urus perakaunan aset yang lebih berintergriti, telus dan berakauntabiliti tinggi di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ).

 

WhatsApp Image 2026-02-02 at 8.34.56 AM
WhatsApp Image 2026-02-02 at 8.34.57 AM
WhatsApp Image 2026-02-02 at 8.34.57 AM
WhatsApp Image 2026-02-02 at 8.34.58 AM
WhatsApp Image 2026-02-02 at 8.34.58 AM