Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Tawau, 26 Januari 2026 - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Tawau (Kejururawatan) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau.

Kunjungan ini telah diketuai oleh Pengarah ILKKM Tawau (Kejururawatan), Puan Rosila binti Md Ali, bersama Puan Rabia binti Pisa, Timbalan Pengarah Akademik. Manakala pihak JANM Cawangan Tawau diwakili oleh Pengarah, Encik Nizam bin Limun serta Timbalan Pengarah Pengurusan, Puan Anis Nabila binti Jamal.

Objektif kunjungan adalah sebagai sesi suai kenal bagi Pengarah ILKKM Tawau (Kejururawatan) yang baharu di samping memperkukuh jalinan kerjasama, perkongsian ilmu serta kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak.

Dalam sesi ini, Pengarah JANM Cawangan Tawau turut membentangkan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan sebagai panduan dan perkongsian pengetahuan bersama.

Semoga hubungan dan kerjasama strategik yang terjalin ini akan terus diperkukuh dalam usaha bersama untuk mempertingkat tadbir urus kewangan yang lebih berintegriti, telus dan berakauntabiliti tinggi di peringkat PTJ.

#MalaysiaMADANI

#ExcellentAccounting@YourService

#JANMTawau

 

GAMBAR FIRST
WhatsApp Image 2026-01-27 at 17.23.
WhatsApp Image 2026-01-27 at 17.23.05
WhatsApp Image 2026-01-27 at 17.23.
WhatsApp Image 2026-01-27 at 17.23.07