Tawau, 20 Januari 2026, Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Tawau diatas penyampaian sijil penghargaaan atas komitmen dan kerjasama strategik yang berterusan bersama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau terutama dalam aspek pengurusan kewangan dan perakaunan.
Penghargaan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Harris bin Ali, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah diiringi oleh Puan Sapiah binti Putit, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sabah dan Tc. Syariman bin Latih, Ketua Cawangan JPJ Cawangan Tawau sempena Sambutan Majlis Perhimpunan Setia JPJ Negeri Sabah Bil. 1/2026 yang berlangsung di Perkarangan JPJ Cawangan Tawau selaku tuan rumah.
Sijil Penghargaan Rakan Strategik telah diterima oleh Puan Siti Nabilah binti Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Operasi JANM Cawangan Tawau mewakili Pengarah JANM Cawangan Tawau.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuhkan demi kecemerlangan perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat.
#MalaysiaMADANI



