Taklimat Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 JANM Cawangan Tawau yang telah dilaksanakan pada 25 November 2025 bertempat di Dewan Auditorium Institut Latihan Kementerian Kesihanatan Malaysia (Kejururawatan) Tawau. Taklimat ini telah dihadiri seramai 240 orang pegawai dari 121 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Pemungut (PP) dari daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu dibawah seliaan JANM Cawangan Tawau. Taklimat ini memberi penerangan berkenaan tatacara dan tarikh-tarikh yang perlu dipatuhi semasa Penutupan Akaun Tahun 2025. Pihak JANM Tawau juga turut menjemput Pegawai Commerce Dot Com ePerolehan bagi memberi penerangan berkenaan Tatacara ePerolehan Penutupan Akaun Tahun 2025.



