Tawau, 19 November 2025, Satu Program Derma Darah telah diadakan oleh Persatuan Akauntan Sektor Awam Malysia (PSA) Zon Sabah dengan kerjasama JANM Cawangan Tawau melalui JKKP, JANM Caw. Tawau bersama Unit Perubatan Transfusi Hospital Tawau. Program telah diadakan di Ruang Legar Lobi Wisma Persekutuan Tawau dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 64 orang telah hadir mendaftar untuk menderma darah dan 36 orang yang layak dan telah berjaya menderma darah pada program tersebut.
#ExcellentAccounting@YourService



