Lahad Datu, 12 November 2025, satu sesi libat urus tatacara penggunaan sistem iGFMAS JANM Cawangan Tawau bersama Pejabat Daerah Lahad Datu, Sabah. Program ini merupakan inisiatif pihak JANM Cawangan Tawau dalam memperkukuhkan kawalan pengurusan kewangan dan akaun di peringkat PTJ negeri.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan di samping memberi pencerahan mengenai pematuhan tatacara kewangan kerajaan. Selain itu, pegawai yang terlibat turut didedahkan kepada pelaksanaan perakaunan akruan, konsep audit dalaman dan kawalan dalaman, serta aspek tadbir urus kewangan secara menyeluruh dan berkesan.
Sesi Libat Urus ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty Bin Mohd Dzul dan pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu serta pegawai-pegawai JANM Cawangan Tawau.
JANM Cawangan Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pejabat Daerah Lahad Datu atas kerjasama yang amat baik sepanjang sesi ini. Semoga hubungan dan kerjasama strategik yang terjalin ini akan terus diperkukuh dalam usaha bersama untuk mempertingkat tadbir urus kewangan yang lebih berintegriti, telus dan berakauntabiliti tinggi di peringkat PTJ.
#ExcellentAccounting@YourService



