Tarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Kompleks Sukan Tawau
Program Sukan Bersama Warga Perakaunan Zon Tawau (SUBWAP 2025) telah berjaya diadakan pada 25 Oktober 2025 bertempat di Kompleks Sukan Tawau. Program ini melibatkan penyertaan seramai 98 orang peserta daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Zon Tawau yang merangkumi daerah Tawau, Kunak, Semporna, dan Lahad Datu.
Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, meningkatkan kerjasama berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga perakaunan.
Keputusan keseluruhan pertandingan adalah seperti berikut:
Johan Keseluruhan: Kumpulan 3
Naib Johan: Kumpulan 1
Tempat Ke-3: Kumpulan 2
Tempat Ke-4: Kumpulan 4
Program ini telah berjaya mencapai objektifnya sebagai platform bagi memperkukuh semangat setiakawan dan kebersamaan antara warga perakaunan di Zon Tawau. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan SUBWAP 2025.



