Tarikh: 18 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi – 4.00 Petang
Lokasi: Taman Bukit Tawau
Seramai 30 orang peserta telah menyertai Kursus Mock Drill: Emergency Response Team X Survival yang diadakan di Taman Bukit Tawau. Kursus ini turut melibatkan 3 orang penceramah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kawasan Tawau serta 4 orang Renjer Hutan dari Taman Bukit Tawau.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi situasi kecemasan di lapangan, di samping memperkukuh kemahiran asas survival dan keselamatan diri, serta memupuk jati diri dan semangat berpasukan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan:
- Simulasi kecemasan dan latihan menyelamat
- Asas survival di hutan
- Pengurusan risiko dan komunikasi dalam krisis
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat dan komitmen tinggi sepanjang program ini dijalankan.
#ERT #SurvivalTraining #BombaMalaysia #TamanBukitTawau #Kesiapsiagaan #MockDrill #LatihanKecemasan



