Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Putrajaya, 30 September 2025 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JANM Tahun 2025 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna JANM, Putrajaya.

Konvensyen ini menyaksikan penyertaan 10 kumpulan KIK daripada pelbagai JANM Negeri dan Cawangan di seluruh negeri. JANM Cawangan Tawau telah mempertaruhkan projek inovasi bertajuk “Sistem Acce-Sync”, iaitu sistem yang dibangunkan bagi memudahcara proses permohonan pertukaran akaun bank gaji agar hasrat Kerajaan untuk memastikan penjawat awam mempunyai satu akaun bank bagi tujuan pembayaran gaji dapat direalisasikan.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga JANM Cawangan Tawau dalam memperkukuh budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan di tempat kerja. Ia turut menjadi platform berharga bagi perkongsian ilmu, idea serta amalan terbaik antara cawangan dan negeri di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan KIK JANM Cawangan Tawau atas usaha gigih, semangat kerja berpasukan dan dedikasi tinggi dalam menjayakan penyertaan ini. Semoga semangat inovasi ini terus subur dalam kalangan warga jabatan ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam.

#MalaysiaMadani

#ExcellentAccounting

#InovasiJANM

#KIKJANM2025

WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.27.55 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.27.56 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.27.57 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.27.57 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.27.58 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.27.58 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.27.59 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.27.59 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.27.59 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.28.00 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.28.00 AM
WhatsApp Image 2025-10-07 at 9.28.01 AM