Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan bagi Tahun 2025 telah dilaksanakan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau pada 02 hingga 03 September 2025. Pemeriksaan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan tadbir urus aset kerajaan dilaksanakan dengan cekap, telus dan mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
Pasukan Pemeriksa Aset Alih dari JANM Cawangan Sandakan telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pemeriksaan ini, yang diketuai oleh Encik Zulfadhli bin Tajuddin WA9
Bagi melancarkan proses pemeriksaan, sesi Entrance Meeting telah diadakan pada 02 September 2025 jam 9.30 pagi, manakala sesi Exit Meeting telah berlangsung pada 03 September 2025 jam 2.30 petang.Hasil pemeriksaan telah dibentangkan oleh pihak pasukan pemeriksa kepada pengurusan JANM Cawangan Tawau. Dapatan serta cadangan penambahbaikan yang dikemukakan akan dijadikan asas dalam memperkukuh keberkesanan pengurusan aset alih kerajaan di cawangan ini.
JANM Cawangan Tawau menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan tahap akauntabiliti, integriti dan profesionalisme dalam pengurusan aset serta kewangan, seiring dengan objektif dan garis panduan pengurusan kewangan sektor awam.