Pengauditan Indeks Akauntabiliti Tahunan 2025 telah diadakan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau oleh pasukan BPAD pada 25 hingga 29 Ogos 2025.
Pengauditan ini bertujuan menilai tahap akauntabiliti dan tadbir urus kewangan jabatan selaras dengan usaha meningkatkan ketelusan serta integriti dalam pengurusan kewangan sektor awam.
Sesi Exit Meeting telah diadakan pada 29 Ogos 2025 dan diketuai oleh Encik Zulkhairy bin Ibrahim, Timbalan Pengarah BPAD. Manakala JANM Cawangan Tawau diwakili oleh Encik Nizam bin Limun, Pengarah Cawangan di mana pihak audit telah membentangkan dapatan serta cadangan penambahbaikan kepada pihak jabatan.
JANM Cawangan Tawau akan terus komited untuk memperkukuh akauntabiliti, integriti dan profesionalisme dalam setiap aspek pengurusan kewangan dan akaun seiring dengan pekeliling kewangan yang berkuatkuasa.
#JANM #IndeksAkauntabiliti #Integriti #Akauntabiliti