Media Sosial

fb  rss
fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Pada 23 Ogos 2025 yang lalu, telah berlangsung Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian antara Klinik Pergigian Kawasan Tawau dengan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan gigi dan mulut di kalangan warga kerja, serta memberi pendedahan berkenaan kepentingan pemeriksaan gigi secara berkala.

 Antara pengisian utama program:

  • Ucapan pembukaan oleh
    Dr. Lenny binti Lesa (Pegawai Pergigian Kawasan Tawau) &
    Encik Nizam bin Limun (Pengarah JANM Cawangan Tawau)
  • Ceramah Kesihatan Pergigian
  • Latihan Mulut Gigi (LMG) oleh Ikon Gigi Tawau – Encik Shahrisal Nordin
  • Ujian Pra & Pasca (Pre-test & Post-test)
  • Rawatan pergigian untuk peserta

Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada semua peserta dengan kerjasama erat antara pihak Klinik Pergigian Kawasan Tawau dan JANM Cawangan Tawau.

🤝 Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan demi kesejahteraan dan kesedaran kesihatan pergigian warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau

#AGTawau #JANMTawau #KesihatanPergigian #Kolaborasi

WhatsApp Image 2025-08-23 at 11.42.39 AM
WhatsApp Image 2025-08-23 at 11.42.40 AM
WhatsApp Image 2025-08-23 at 9.23.43 AM
WhatsApp Image 2025-08-23 at 9.23.43 AM
WhatsApp Image 2025-08-23 at 9.23.43 AM
WhatsApp Image 2025-08-23 at 9.23.43 AM