Pada 5 Ogos 2025, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Tawau telah berbesar hati mengalu-alukan kehadiran 3 panel juri dan 2 urusetia dari Ibu Pejabat JANM, Putrajaya bagi Penilaian EKSA JANC Unggul 2025.
Lawatan ini memberi ruang kepada panel juri untuk menilai secara menyeluruh pelaksanaan dan amalan persekitaran berkualiti selaras dengan Garis Panduan EKSA di JANM Cawangan Tawau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel juri yang sudi hadir dan memberikan penilaian serta bimbingan sepanjang sesi lawatan ini.